AMALAN LESTARI






AMALAN LESTARI DI PEJABAT
  • Gunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan penggunan petrol. Bas yang membawa 100 penumpang hanya menggunakan 1/10 daripada jarak jalan, memerlukan hanya 1/6 bahan api dan mengeluarkan 1/16 gas beracun berbanding menggunakan kereta.
  • Gantikan pokok hiasan tiruan dengan pokok hidup. Galakkan persekitaran hijau dan pastikan keseimbangan kandungan oksigen di pejabat. Kitar semula surat khabar, kertas terpakai dan kadbod. Sediakan bekas khas kitar semula di pejabat untuk mengumpul kertas yang telah digunakan.
  • Penggunaan kertas secara minimum di pejabat adalah mesra alam dan dapat menjimatkan tenaga. Amalkan penggunaan e-mel, "instant messaging" dan sidang video (video conference) berbanding penggunaan faksimili dan mesin pencetak.
  • Amalkan mengguna bekas minuman sendiri dan elakkan penggunaan cawan yang diperbuat daripada "Styrofoam" atau polisterin yang tidak boleh lupus. Sediakan minuman di dalam jag dan nikmati bersama rakan-rakan sepejabat.
  • Gunakan komputer sebaiknya. Kurangkan jangka masa monitor berada dalam keadaan "sleep mode". Selepas menutup komputer, buka plak untuk mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.
  • Padamkan lampu, komputer, pendingin hawa dan mesin fotostat apabila tidak digunakan. Amalkan penjimatan elektrik.
  • Guna semula sampul surat untuk menghantar surat. Guna semula kertas cetakan komputer sebagai kertas memo atau kertas mengambil pesanan telefon.
  • Berjalan ke tempat makan akan menjimatkan petrol, mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan bahan pembungkusan serta mengurangkan pembuangan sampah di pejabat.
  • Apabila menggunakan kertas untuk menulis atau membuat salinan di mesin fotostat gunakan kedua-dua belah muka surat.
  • Pilih penyaman udara yang jimat tenaga. Pertambahan 1 darjah suhu penyaman udara akan menambahkan sebanyak 7% penggunaan tenaga elektrik.
  • Amalkan berkongsi kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara dan kesesakan jalan raya. Berkongsi kenderaan dengan seseorang selama 2 hari dalam seminggu dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 1590 paun setahun.
  • Jangan membazir kertas. Elakkan penebangan pokok berlebihan untuk tujuan pembuatan kertas.
  • Gunakan mesin pengering tangan berbanding menggunakan tisu.
  • Kurangkan perjalanan untuk kerja luar yang tidak penting. Setiap kali melakukan perjalanan melalui penerbangan, menaiki kereta api atau memandu kereta, ia member impak negatif kepada alam sekitar.
  • Derma komputer lama kepada organisasi atau individu yang akan menggunakannya semula.











AMALAN LESTARI DI SEKOLAH
  • Amalkan penggunaan cahaya semula jadi dan biarkan tingkap terbuka. Padamkan suis lampu dan kipas yang tidak digunakan.
  • Tanam pokok bagi mencantikkan persekitaran sekolah. Pokok menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera.
  • Pastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan pupuk amalan ini di kalangan murid sekolah.
  • Gunakan saputangan bagi mengurangkan penggunaan kertas tisu dan menjimatkan sumber hutan.
  • Gunakan mesin kira-kira (calculator) yang mempunyai kuasa solar.
  • Gunakan klip kertas biasa berbanding klip berwarna kerana ia boleh mengakibatkan keracunan kadmium.
  • Tutup paip air dengan sempurna. Paip yang dibiarkan terbuka mengakibatkan pembaziran sehingga 9 liter air seminit.
  • Berjalan atau berbasikal ke sekolah untuk mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada penggunaan kenderaan bermotor.
  • Beli kertas yang dikitar semula. Ia membantu mengurangkan bilangan pokok yang ditebang untuk menghasilkan kertas.
  • Kurangkan penghasilan sampah dengan menggunakan pena berdakwat yang boleh diisi semula dan pensil mekanikal.
  • Bawa bekalan makanan sendiri ke sekolah. Ia lebih menyihatkan, menjimatkan wang dan kebersihannya juga adalah terjamin.
  • Gunakan tong kitar semula. Asingkan bahan buangan seperti kertas, tin dan botol kaca atau plastik.