Sunday, May 20, 2012

Pemantauan SLAAS...

Sudahkah warga sekolah SMK Batu Sepuluh, Lekir bersedia? Bagaimana pula dengan barisan jawatan kuasa SLAAS? Masa yang dinantikan akan tiba esok 21hb Mei 2012. Barisan pemantau dan penilai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pelajaran Perak (JPN) akan menilai semua projek dan aktiviti SLAAS yang telah dan sedang dijalankan. Segala persediaan telah dibuat. Pelbagai program dan projek telah dijalankan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Semoga apa yang telah diusahakan akan memberi impak yang terbaik kepada semua pihak.
Saya daripada pihak admin berharap semoga segala perancangan dan agenda hari esok berjalan dengan lancar. Kerjasama daripada semua warga SMK Batu Sepuluh, Lekir amat diperlukan. Pesanan untuk semua jagalah kebersihan sekolah kita dan berikan kerjasama yang baik serta senyuman yang menawan kepada para penilai yang hadir.
Tidak lupa juga Good Luck esok masih lagi exam...:))

Wednesday, February 15, 2012

Kotak Maut

Kajian membuktikan bahawa polisterina mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dan kemudiaannya akan bertukar menjadi toksik.

Malah, bahan styrene dan benzin yang terdapat dalam polisterina boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.

Ia juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada kita dan mendatangkan risiko tinggi yang boleh menganggu kesihatan. Sebagai contoh, kesan pada sistem saraf seperti kemurungan, tahap tumpuan yang rendah, kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak.

Kajian juga menunjukkan haiwan yang memakan kandungan styrene yang tinggi dalam jangka masa panjang mengalami kerosakkan hati, buah pinggang dan paru-paru. Maka tidak hairanlah styrene berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia.

Sunday, February 12, 2012

National Geographic Society

Blog ini bertujuan menanam kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar

Menyedari pentingnya kelangsungan bumi untuk generasi masa hadapan, pelbagai pihak tampil secara aktif untuk menjaga alam sekitar agar terus selamat daripada kemusnahan yang diakibatkan oleh aktiviti manusia.

Satu daripadanya ialah Yayasan National Geographic yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tanggal 27 Januari 1888 oleh 33 orang yang tertarik meningkatkan pengetahuan geografi mereka. Gardiner Greene Hubbard menjadi presiden pertama dan kemudian digantikan oleh menantunya, Alexander Graham Bell. Bell lebih dikenali sebagai pencipta telefon, merupakan tokoh yang kemudiannya mengembangkan yayasan ini  untuk meningkatkan pengetahuan umum tentang geografi dunia.


Yayasan ini menerbitkan majalah bulanan National Geographic yang kini sudah diterbitkan di 60 buah negara dalam 30 bahasa dengan purata jumlah lebih dari 9.5 juta naskhah sebulan.


Majalah National Geographic Magazine, kemudiannya dipendekkan menjadi National Geographic, pertama kali diterbitkan pada Oktober 1888, sembilan selepas yayasan ini ditubuhkan. Ia merupakan majalah rasmi yayasan dengan pengenalan kotak kuning pada kulit majalahnya.

Dengan memasukkan kepelbagaian isu berkaitan alam sekitar, isu kemanusiaan dan kesejagatan, majalah ini telah memberi sumbangan besar dalam kesedaran terhadap alam sekitar. 

Tuesday, February 7, 2012

KITAR SEMULA TELEFON BIMBIT UNTUK KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR


Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebanyak 30,379 jumlah langganan telefon bimbit dicatatkan pada suku keempat bagi tahun 2009, manakala hanya 4,312 jumlah langganan dicatatkan pada masa sama untuk Direct Exchange Line (DEL) Connection. 

Ini menunjukkan berlakunya peningkatan kepada kadar penggunaan telefon bimbit di Malaysia berbanding penggunaan talian tetap. Statistik ini sekaligus meramalkan peningkatan kadar penghasilan sisa elektronik setiap tahun.

Jangka hayat sesebuah bateri telefon bimbit dianggarkan lebih kurang 3 tahun sahaja. Secara purata, pengguna telefon bimbit akan menukarkan bateri telefon atau telefon bimbit  mereka setiap 18 bulan sekali. Kebiasaannya bateri atau telefon bimbit yang rosak ini akan terus dibuang ke dalam tong sampah. Kaedah pembuangan yang diamalkan ini akan memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar. 

Dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka, Nokia,  menunjukkan 44 peratus responden memilih untuk menyimpan telefon bimbit yang tidak digunakan lagi di rumah, 33 peratus memberinya kepada orang lain, 16 peratus menjualnya dan empat peratus membuangnya di tapak pelupusan sampah. Hanya tiga peratus yang mahu mengitar semula telefon bimbit. Kajian sama turut mendedahkan 72 peratus daripada responden tidak tahu bahawa telefon bimbit boleh dikitar semula. Mungkin kerana kitar semula telefon bimbit tidak sepopular kertas atau tin minuman.

Komponen Telefon Bimbit yang Boleh Dikitar Semula termasuklah: 
- Keseluruhan komponen telefon bimbit
- Bateri 
- Pengecas bateri (battery charger)
- Peralatan tambahan (accessories) lalin seperti Antenna, Bluetooth, Hands free, Plastic Casing & Keypad

Bateri telefon bimbit terpakai mengandungi logam berat seperti kadmium, litium, nikel atau merkuri. Bahan buangan ini dikelaskan sebagai e-waste (SW 103) mengikut jadual 1, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pelupusan bahan buangan ini secara tidak sempurna boleh mengakibatkan percemaran kepada alam sekitar, terutamanya tanah-tanih dan air bawah tanah serta menjejaskan kesihatan awam.

Safra Aina Adnan
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
26 Mei 2010


PROGRAM KOMUNITI LESTARI

Pada 9hb November 2011 yang lepas satu program khidmat masyarakat telah dijalankan dengan kerjasama antara Jawatankuasa Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) SMK Batu Sepuluh, Lekir, Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Majlis Perbandaran Manjung.

Program ini telah dilaksanakan dengan melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 SMK Batu Sepuluh bertempat di Teluk Batik. Program telah bermula tepat jam 8.00 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah

  • Mengutip sampah
  • Pertandingan mengutip sampah
  • Sukaneka (Aneka Daun, Tali terpanjang dan Pakaian kertas)
Semua sukaneka yang dijalankan hanya menggunakan bahan-bahan terbuang dan bahan-bahan di sekeliling Dataran Hadhari seperti daun-daun dan pokok-pokok.

Banner Program komuniti Lestari


Pelajar-pelajar sedang mengutip sampah sekitar Teluk Batik

Mengutip sampah secara berkumpulan

Sebahagian sampah-sampah yang telah dikutip oleh pelajar dan dimuatkan ke dalam lori oleh  pekerja
Majlis Perbandaran  Manjung

Acara pakaian kertas


Acara penyampaian hadiah

Acara tali terpanjang dan aneka daun

Hasil kutipan sampah 


       

Friday, September 23, 2011

KILIM GEOFOREST PARK LANGKAWI ANUGERAH ALLAH

Ramai dalam kalangan kita biasa mengunjungi pulau sejarah di utara tanah air, ialtu Langkawi. Pulau yang merangkumi 99 buah gugusan pulau kecil ini merupakan destinasi pelancongan yang menggamit pelancong dalam dan luar negara saban tahun. 

Tulisan besar ini hanya boleh dibaca jika anda mudik hingga ke pintu gerbang batu




 

Tidak ramai menyedari, selain menjadi pulau bebas cukai, Langkawi juga telah diiktiraf oleh badan dunia UNESCO sebagai tarikan pelancongan yang tersendiri melalui Taman Geo-Hutan Kas Langkawi atau 'The Kilim Karst Geoforest Park' di sebelah timur pulau Langkawi. Ia mengandungi lanskap yang mengagumkan dikelilingi bukit batuan kas pelbagai saiz dan bentuk, dan boleh dilihat dari arah laut mengikut formasi dari Pulau Setul, Thailand.
Penyataan tentang Sungai Kilim yang penuh dengan keindahan

Berpusat di sungai Kilim, Air Hangat and Kisap dan sekitar kepulauan berdekatan seperti Langgun dan Tanjung dendang, taman ini terbukti mempunyai hamparan pemandangan yang indah meliputi laut, pantai, paya bakau dan flora dan fauna yang unik yang mempunyai peranan penting dalam pemuliharaan ekosistem semulajadi.

Gua Cerita yang terdapat di taman ini mempunyai kisah legenda tentang seekor burung bernama Garuda yang disumpah oleh Sang Gedembai menjadi batu. Terdapat stalaktait dan stalakmait yang menyerupai kepala buaya, katak dan dinasor di kawasan gua sekitar taman ini. Selain itu, Gua Kelawar menempatkan ribuan kelawar pelbagai jenis yang mendiaminya sejak lama dahulu.

Kesimpulannya, jika menjejakkan kaki ke pulau ini, singgahlah ke Kilim Geoforest Park. Anda pasti dapat merasai betapa hebat ciptaan Allah di kawasan ini.