Friday, September 23, 2011

KILIM GEOFOREST PARK LANGKAWI ANUGERAH ALLAH

Ramai dalam kalangan kita biasa mengunjungi pulau sejarah di utara tanah air, ialtu Langkawi. Pulau yang merangkumi 99 buah gugusan pulau kecil ini merupakan destinasi pelancongan yang menggamit pelancong dalam dan luar negara saban tahun. 

Tulisan besar ini hanya boleh dibaca jika anda mudik hingga ke pintu gerbang batu




 

Tidak ramai menyedari, selain menjadi pulau bebas cukai, Langkawi juga telah diiktiraf oleh badan dunia UNESCO sebagai tarikan pelancongan yang tersendiri melalui Taman Geo-Hutan Kas Langkawi atau 'The Kilim Karst Geoforest Park' di sebelah timur pulau Langkawi. Ia mengandungi lanskap yang mengagumkan dikelilingi bukit batuan kas pelbagai saiz dan bentuk, dan boleh dilihat dari arah laut mengikut formasi dari Pulau Setul, Thailand.
Penyataan tentang Sungai Kilim yang penuh dengan keindahan

Berpusat di sungai Kilim, Air Hangat and Kisap dan sekitar kepulauan berdekatan seperti Langgun dan Tanjung dendang, taman ini terbukti mempunyai hamparan pemandangan yang indah meliputi laut, pantai, paya bakau dan flora dan fauna yang unik yang mempunyai peranan penting dalam pemuliharaan ekosistem semulajadi.

Gua Cerita yang terdapat di taman ini mempunyai kisah legenda tentang seekor burung bernama Garuda yang disumpah oleh Sang Gedembai menjadi batu. Terdapat stalaktait dan stalakmait yang menyerupai kepala buaya, katak dan dinasor di kawasan gua sekitar taman ini. Selain itu, Gua Kelawar menempatkan ribuan kelawar pelbagai jenis yang mendiaminya sejak lama dahulu.

Kesimpulannya, jika menjejakkan kaki ke pulau ini, singgahlah ke Kilim Geoforest Park. Anda pasti dapat merasai betapa hebat ciptaan Allah di kawasan ini.

No comments:

Post a Comment