Friday, September 2, 2011

KISAH DI SEBALIK KERTAS



Kertas dibuat daripada pulpa kayu yang dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga menjadi pulpa. Secara purata, 17 pokok yang dipasarkan iaitu pokok yang berdiameter 20 cm pada paras dada lelaki dewasa ditebang untuk menghasilkan 1 tan kertas secara amnya. Ini bermakna 1 pokok ditumbangkan untuk menghasilkan 20 rim kertas bersaiz A4.


Kitar Semula Kertas Menjadikan Malaysia Lebih Bersih dan Sihat.

Tahukah Anda?
Penduduk Selangor dan Kuala Lumpur membuang hampir 5 tan sampah dari kawasan kediaman dan komersil setiap hari. Setiap bulan, lebih 57,000 tan kertas yang memenuhi 456,000 meter persegi kawasan pelupusan sampah dibuang di Malaysia.Keluasan itu bersamaan dengan keluasan sebuah gudang yang sederhana besar. Itu adalah sama dengan menebang 680,000 pokok pada saiz yang boleh dipasarkan.

Kertas adalah bahan yang utama dalam aliran bahan buangan. Kertas juga ada kalanya menjadi sampah di jalanan dan di longkang serta tempat aliran air. Penimbunan kertas di kawasan tersebut akan menyebabkan longkang tersumbat yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lebih teruk lagi mungkin akan menyebabkan banjir kilat. Ini pula akan menjadi penyebab kepada wabak penyakit, kerosakan bangunan, tanah runtuh dan kesesakan jalan raya. 

Dengan mempraktikkan kitar semula, kita boleh mengurangkan jumlah bahan yang dibuang ke tempat pelupusan sampah setiap hari. Sekiranya kita mengambil langkah untuk mengitar semula kertas, kita akan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk semua rakyat Malaysia.

Setiap tahun, badan-badan seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membelanjakan 40% - 70% peruntukan yang diberikan untuk mengutip dan melupuskan sampah. Seperti yang sedia maklum, kertas menyumbangkan 40% daripada sampah berkenaan dan dengan mempraktikkan kitar semula, kita dapat menjimatkan sejumlah besar peruntukan tersebut. Peruntukan yang dijimatkan sedikit sebanyak dapat digunakan untuk melaksanakan projek yang membawa manfaat kepada semua pihak.

Senario Kitar Semula Di Malaysia.
Kadar kitar semula di Malaysia adalah agak rendah berbanding negara-negara lain.

Kebanyakan negara membangun mempunyai kadar kitar semula sebanyak 50% atau lebih (Ini bermakna, sekurang-kurangnya 50% daripada bahan buangan pejal mereka diasingkan untuk kitar semula).

Malaysia mempunyai kadar kitar semula sebanyak 5%. Ini adalah sangat rendah walaupun dibandingkan dengan negara yang mempunyai kadar ekonomi yang rendah seperti India yang mempunyai kadar kitar semula sebanyak 15%. Ini kerana di India, mereka akan mengumpul dan mengitar semula untuk mendapatkan wang.

Kadar perolehan semula kertas di Malaysia adalah sebanyak 40%. Ini menunjukkan, dalam 10 set surat khabar yang dijual, hanya 4 set dihantar untuk dikitar semula. Penerbit di Malaysia menggunakan 250,000 tan surat khabar setahun, dan dari jumlah ini hanya 100,000 tan kertas dikitar semula. Ini sama seperti membuang 2.55 juta pokok ke kawasan pembuangan sampah.

Pihak kerajaan memandang berat masalah ini dan sedang berusaha meningkatkan kadar kesedaran orang ramai untuk kitar semula. Usaha ini diketuai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mereka pula disokong oleh badan-badan tempatan seperti Industri Penerbitan Malaysia dan konsortium-konsortium yang menjalankan pengurusan sampah.

Belilah Kertas Kitar Semula
Kitar Semula Penting untuk Kehidupan yang Sihat.

Dari sudut sejarah, kertas dibuat dengan menggunakan semula kain kapas dan linen. Tempat membuat kertas yang pertama di dunia ialah di U.S iaitu di kawasan Philadelphia merupakan tempat untuk kitar semula. Pembuat kertas mempelajari kaedah membuat kertas dari pokok pada pertengahan tahun 1800, dan ini membolehkan perkembangan dalam penggunaan kertas. Pada ketika itu, masyarakat berpendapat hutan dan tenaga ada sumber yang tidak akan habis, dan menyangka air dan udara akan sentiasa berupaya untuk kekal bersih.

Hari ini, kita menyedari yang banyak sumber adalah terhad dan kita perlu memelihara kitar alam semulajadi supaya is kekal seimbang. Inilah sebab mengitar semula kertas menjadi aspek yang sangat penting dalam visi kita untuk memastikan keseimbangan persekitaran secara global.

Adakah Kertas Kitar Semula Lebih Mahal?
Sebelum ini, kertas kitar semula adalah lebih mahal dari kertas yang asli. Kini, sesetengah gred kertas yang biasanya digunakan sebagai kepala surat dan risalah berharga agak sama dengan kertas asli dan kadangkala lebih rendah. Kertas untuk mesin fotokopi dan mesin cetak biasanya berharga mahal sedikit tetapi hanya pada peratusan yang sangat rendah.

Perbezaan harga ini disebabkan oleh pengeluaran kertas kitar semula menggunakan mesin yang lebih kecil berbanding kertas asli yang menyebabkan perbezaan dalam skala pengeluaran. Tambahan lagi, kertas kitar semula meletakkan kos sepenuhnya ke dalam produk termasuk menjadi alternatif kepada pembuangan sampah.

Bagaimana dengan Kualiti Kertas Kitar Semula.
Pada 1980an, kertas kitar semula tidak mempunyai kualiti yang standing dan kadangkala kelihatan gelap, kelabu atau berbintik. Hari ini, kertas kitar semula boleh didapati dalam pelbagai warna, termasuk putih bersih dan mencapai piawaian tertinggi, kadangkala melebihi kertas asli.

Pada tahun 1988, Persidangan Datuk Bandar di US telah menjalankan kajian bersama pembuat peralatan ternama dan Pejabat Percetakan Kerajaan. Lebih 2 juta kertas telah diuji dari segi kemasukan ke mesin, kualiti hasil cetak, penggunaan dakwat, kehalusan, dan lain-lain aspek. Hasil dari kajian menunjukkan yang kertas kitar semula dengan peratusan kandungan kertas kitar semula sebanyak 30% memberi hasil yang setanding dengan kertas asli. Pembuat pencetak komersil dan mesin fotokopi bersetuju yang kertas kitar semula sesuai digunakan dengan kesemua mesin yang mereka hasilkan. Cuma yang membezakan hanyalah kualiti, tidak kira kertas kitar semula atau kertas asli.

No comments:

Post a Comment