Pada 23 Julai 2011, bertempat di SK Seri Bayu, satu majlis pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Lumut telah diadakan. Ia dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Dato' Seri Kong Cho Ha. Majlis tersebut diadakan di dewan SK Seri Bayu dan dihadiri oleh guru, ibu bapa dan wakil-wakil agensi berkaitan seperti Jabatan Pertania, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Jabatan Hutan.
Dalam ucapannya, Dato' Seri Kong Cho Ha menyatakan kebimbangan akan nasib alam sekitar pada abad akan datang. Beliau juga kagum dengan pameran yang dibuat oleh SMK Batu Sepuluh, Lekir. Antara bahan pameran yang disediakan di kiosk SMKBS adalah penyediaan baja kompos, pameran bahan terbuang dan hasil penanaman pokok rozel yang dijadikan produk makanan.
En. Sarudian, guru Seni Reka Tanda menerangkan
tentang hasil kerja pelajar dari bahan terbuang
Selain itu, hasil kerja pelajar daripada bahan terbuang dan baja kompos turut mendapat perhatian daripada para pengunjung kiosk. Apa yang lebih menarik adalah, kulit-kulit siput dan moluska turut dijadikan hiasan pada karya pelajar.
Para tetamu menikmati minuman daripada rozel yang dihasilkan
oleh guru dan pelajar Pendidikan Khas
Dalam majlis tersebut juga, pengetua telah menerima replika cek sebanyak RM10,000.00 yang dibuat daripada hampas kelapa sawit dan kertas terbuang. Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan program "Flagship" Sekolah Lestari yang akan dinilai oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada bulan Ogos nanti.
Pengetua SMKBS dan Guru Besar SKSB menerima cek mora
yang diperbuat daripada hampas kelapa sawit
Menurut Pengetua, Haji Shaifuddin bin Hj Masduki, hanya dua sekolah yang menerima peruntukan tersebut iaitu SMKBS dan SK Seri Bayu. Beliau berbangga kerana SMKBS dipilih menerima anugerah Sekolah Lestari dan bertekad untuk menjayakan program yang telah disediakan oleh guru dan pelajar. Antara projek yang dilaksanakan adalah Taman Herba, penghasilan baja kompos, baja daripada bahan makanan, rozel dan kebun pisang lestari.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan pelajar yang memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan projek RAS dan Sekolah Lestari 2011.
Majlis yang bemula pada pagi hari tersebut, turut diserikan dengan pertandingan mewarna untuk murid-murid prasekolah dan sekolah rendah serta persembahan sketsa murid Pendidikan Khas SMKBS yang mencuit hati para penonton.
Babak sketsa yang dilakonkan oleh murid Pendidikan Khas
No comments:
Post a Comment