Blog ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar, SMK Batu Sepuluh, Lekir. Blog ini bebas daripada perkara perkauman, perbalahan politik dan yang tidak bersesuaian dengan konsep SLAAS. Kami mengalu-alukan komen dan pendapat yang ada kaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.
Bawa beg sendiri apabila membeli belah . Beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh terbiodegrasi.
Kongsi maklumat dan panduan yang dipelajari tentang penggunaan lestari dengan keluarga dan rakan-rakan.
Menunggang basikal atau berjalan kaki apabila pergi ke sesuatu tempat atau kedai yang berdekatan. Ini merupakan amalan 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.
Tutup televisyen , stereo dan komputer apabila tidak digunakan kerana peralatan ini menggunakan di antara 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada pemanasan global.
Membawa bekalan ke tempat kerja atau sekolah . Makanan ini lebih menyihatkan dan menjimatkan.
Kumpulkan kertas yang digunakan di rumah dan bawa ke pusat kitar semula. Mengitar semula produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun.
Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tumbuh-tumbuhan tertentu di kebun anda, seperti pudina dan selasih yang boleh menghalau serangga
Gunakan lampu jenis kalimantang . Lampu jenis ini menggunakan 1/4 tenaga elektrik dan empat kali lebih tahan lama berbanding mentol lampu biasa.
Kurangkan pembuangan sampah. Jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan kertas, cawan plastik atau kertas tisu.
Menjimatkan penggunaan air turut menjimatkan tenaga elektrik kerana proses membekalkan air dan menyaring sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
kekadang bila pergi ke pasar raya hari Sabtu, terlupa bahawa kempen tiada beg plastik sudah dilaksanakan. Akhirnya, terpaksa bawa barang-barang dalam troli sampai ke kereta.
Salam,
ReplyDeletekekadang bila pergi ke pasar raya hari Sabtu, terlupa bahawa kempen tiada beg plastik sudah dilaksanakan. Akhirnya, terpaksa bawa barang-barang dalam troli sampai ke kereta.
En. Brahim, saya pun selalu terlupa. Mujur bawa anak kecil...jadi masukkan barang-barang ke dalam stroller anak.
ReplyDelete