Wednesday, February 15, 2012

Kotak Maut

Kajian membuktikan bahawa polisterina mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dan kemudiaannya akan bertukar menjadi toksik.

Malah, bahan styrene dan benzin yang terdapat dalam polisterina boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.

Ia juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada kita dan mendatangkan risiko tinggi yang boleh menganggu kesihatan. Sebagai contoh, kesan pada sistem saraf seperti kemurungan, tahap tumpuan yang rendah, kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak.

Kajian juga menunjukkan haiwan yang memakan kandungan styrene yang tinggi dalam jangka masa panjang mengalami kerosakkan hati, buah pinggang dan paru-paru. Maka tidak hairanlah styrene berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia.

1 comment:

  1. Jadi, apa penyelesaiannya?

    Kita boleh kembali ke era daun pisang, tetapi ia tidak dapat dikomersialkan..

    ReplyDelete