Blog ini bertujuan menanam kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar
Menyedari pentingnya kelangsungan bumi untuk generasi masa hadapan, pelbagai pihak tampil secara aktif untuk menjaga alam sekitar agar terus selamat daripada kemusnahan yang diakibatkan oleh aktiviti manusia.
Satu daripadanya ialah Yayasan National Geographic yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tanggal 27 Januari 1888 oleh 33 orang yang tertarik meningkatkan pengetahuan geografi mereka. Gardiner Greene Hubbard menjadi presiden pertama dan kemudian digantikan oleh menantunya, Alexander Graham Bell. Bell lebih dikenali sebagai pencipta telefon, merupakan tokoh yang kemudiannya mengembangkan yayasan ini untuk meningkatkan pengetahuan umum tentang geografi dunia.
Yayasan ini menerbitkan majalah bulanan National Geographic yang kini sudah diterbitkan di 60 buah negara dalam 30 bahasa dengan purata jumlah lebih dari 9.5 juta naskhah sebulan.
Majalah National Geographic Magazine, kemudiannya dipendekkan menjadi National Geographic, pertama kali diterbitkan pada Oktober 1888, sembilan selepas yayasan ini ditubuhkan. Ia merupakan majalah rasmi yayasan dengan pengenalan kotak kuning pada kulit majalahnya.
Dengan memasukkan kepelbagaian isu berkaitan alam sekitar, isu kemanusiaan dan kesejagatan, majalah ini telah memberi sumbangan besar dalam kesedaran terhadap alam sekitar.
No comments:
Post a Comment