Blog ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar, SMK Batu Sepuluh, Lekir. Blog ini bebas daripada perkara perkauman, perbalahan politik dan yang tidak bersesuaian dengan konsep SLAAS. Kami mengalu-alukan komen dan pendapat yang ada kaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.
Sunday, October 23, 2011
Friday, September 23, 2011
KILIM GEOFOREST PARK LANGKAWI ANUGERAH ALLAH
Ramai dalam kalangan kita biasa mengunjungi pulau sejarah di utara tanah air, ialtu Langkawi. Pulau yang merangkumi 99 buah gugusan pulau kecil ini merupakan destinasi pelancongan yang menggamit pelancong dalam dan luar negara saban tahun.
Tulisan besar ini hanya boleh dibaca jika anda mudik hingga ke pintu gerbang batu |
Tidak ramai menyedari, selain menjadi pulau bebas cukai, Langkawi juga telah diiktiraf oleh badan dunia UNESCO sebagai tarikan pelancongan yang tersendiri melalui Taman Geo-Hutan Kas Langkawi atau 'The Kilim Karst Geoforest Park' di sebelah timur pulau Langkawi. Ia mengandungi lanskap yang mengagumkan dikelilingi bukit batuan kas pelbagai saiz dan bentuk, dan boleh dilihat dari arah laut mengikut formasi dari Pulau Setul, Thailand.
Penyataan tentang Sungai Kilim yang penuh dengan keindahan |
Berpusat di sungai Kilim, Air Hangat and Kisap dan sekitar kepulauan berdekatan seperti Langgun dan Tanjung dendang, taman ini terbukti mempunyai hamparan pemandangan yang indah meliputi laut, pantai, paya bakau dan flora dan fauna yang unik yang mempunyai peranan penting dalam pemuliharaan ekosistem semulajadi.
Kesimpulannya, jika menjejakkan kaki ke pulau ini, singgahlah ke Kilim Geoforest Park. Anda pasti dapat merasai betapa hebat ciptaan Allah di kawasan ini.
Friday, September 9, 2011
Pemantauan Pihak JAS Bermula
SMK Batu Sepuluh, Lekir menerima lawatan pemantauan dua orang pegawai Jabatan Alam Sekitar Ipoh pada 9 September 2011. Mereka memantau program Flagships Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang dilaksanakan oleh guru dan pelajar. Kedua-duanya, En. Azuan dan En. Aminuddin telah tiba kira-kira pukul 10.30 pagi. Mereka di sambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Kamaliah bt Ali, dan En. Noor Izzuddin bin Ali Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum. Turut berada bersama dalam taklimat ringkas di Bilik Wawasan ialah Puan Norhayati Ismail dan En. Tajul Azmir bin Mustapa, yang merupakan antara tenaga penggerak penting program SLAAS di SMKBS.
Pn. Kamaliah memberi taklimat kepada pegawai JAS |
Pemantauan di Taman Ekologi |
En. Zalani memberi taklimat Taman Rozel |
Pegawai JAS tersebut telah dibawa melawat tempat-tempat berkaitan. Antaranya adalah pusat tadahan hujan untuk mengairi tanaman rozel. Selain itu, mereka juga diberi taklimat penghasilan baja kompos dan baja EM, fertigasi dan kebun sayur. Taman Unggas yang terletak bersebelahan tapak perhimpunan juga turut mendapat perhatian mereka. Di samping itu, Taman Ekologi dan Taman Qaseh Lestari Pendidikan Khas turut dilawati sepanjang pemantauan diadakan.
Talimat baja kompos oleh En. Abdullah Bakri |
Cenderahati 'sayur bayam' yang ditanam sendiri oleh pelajar |
Kebun Pisang dibajai dengan air hujan |
Beberapa pandangan dan cadangan mereka turut diambil perhatian. Menurut En. Azuan, segala laporan pemantauan ini akan diserahkan ke ibu pejabat sebelum dinilaikan bagi memilih sekolah yang bakal mewakili negeri Perak untuk SLAAS peringkat kebangsaan. Jika SMKBS terpilih, mereka bakal kembali lagi pada bulan Januari 2012.
izzuddin_ali@yahoo.com.my
Friday, September 2, 2011
KISAH DI SEBALIK KERTAS
Kertas dibuat daripada pulpa kayu yang dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga menjadi pulpa. Secara purata, 17 pokok yang dipasarkan iaitu pokok yang berdiameter 20 cm pada paras dada lelaki dewasa ditebang untuk menghasilkan 1 tan kertas secara amnya. Ini bermakna 1 pokok ditumbangkan untuk menghasilkan 20 rim kertas bersaiz A4.
Tahukah Anda?
Penduduk Selangor dan Kuala Lumpur membuang hampir 5 tan sampah dari kawasan kediaman dan komersil setiap hari. Setiap bulan, lebih 57,000 tan kertas yang memenuhi 456,000 meter persegi kawasan pelupusan sampah dibuang di Malaysia.Keluasan itu bersamaan dengan keluasan sebuah gudang yang sederhana besar. Itu adalah sama dengan menebang 680,000 pokok pada saiz yang boleh dipasarkan.
Kertas adalah bahan yang utama dalam aliran bahan buangan. Kertas juga ada kalanya menjadi sampah di jalanan dan di longkang serta tempat aliran air. Penimbunan kertas di kawasan tersebut akan menyebabkan longkang tersumbat yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lebih teruk lagi mungkin akan menyebabkan banjir kilat. Ini pula akan menjadi penyebab kepada wabak penyakit, kerosakan bangunan, tanah runtuh dan kesesakan jalan raya.
Dengan mempraktikkan kitar semula, kita boleh mengurangkan jumlah bahan yang dibuang ke tempat pelupusan sampah setiap hari. Sekiranya kita mengambil langkah untuk mengitar semula kertas, kita akan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk semua rakyat Malaysia.
Setiap tahun, badan-badan seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membelanjakan 40% - 70% peruntukan yang diberikan untuk mengutip dan melupuskan sampah. Seperti yang sedia maklum, kertas menyumbangkan 40% daripada sampah berkenaan dan dengan mempraktikkan kitar semula, kita dapat menjimatkan sejumlah besar peruntukan tersebut. Peruntukan yang dijimatkan sedikit sebanyak dapat digunakan untuk melaksanakan projek yang membawa manfaat kepada semua pihak.
Senario Kitar Semula Di Malaysia.
Kadar kitar semula di Malaysia adalah agak rendah berbanding negara-negara lain.
Kebanyakan negara membangun mempunyai kadar kitar semula sebanyak 50% atau lebih (Ini bermakna, sekurang-kurangnya 50% daripada bahan buangan pejal mereka diasingkan untuk kitar semula).
Malaysia mempunyai kadar kitar semula sebanyak 5%. Ini adalah sangat rendah walaupun dibandingkan dengan negara yang mempunyai kadar ekonomi yang rendah seperti India yang mempunyai kadar kitar semula sebanyak 15%. Ini kerana di India, mereka akan mengumpul dan mengitar semula untuk mendapatkan wang.
Kadar perolehan semula kertas di Malaysia adalah sebanyak 40%. Ini menunjukkan, dalam 10 set surat khabar yang dijual, hanya 4 set dihantar untuk dikitar semula. Penerbit di Malaysia menggunakan 250,000 tan surat khabar setahun, dan dari jumlah ini hanya 100,000 tan kertas dikitar semula. Ini sama seperti membuang 2.55 juta pokok ke kawasan pembuangan sampah.
Pihak kerajaan memandang berat masalah ini dan sedang berusaha meningkatkan kadar kesedaran orang ramai untuk kitar semula. Usaha ini diketuai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mereka pula disokong oleh badan-badan tempatan seperti Industri Penerbitan Malaysia dan konsortium-konsortium yang menjalankan pengurusan sampah.
Belilah Kertas Kitar Semula
Kitar Semula Penting untuk Kehidupan yang Sihat.
Dari sudut sejarah, kertas dibuat dengan menggunakan semula kain kapas dan linen. Tempat membuat kertas yang pertama di dunia ialah di U.S iaitu di kawasan Philadelphia merupakan tempat untuk kitar semula. Pembuat kertas mempelajari kaedah membuat kertas dari pokok pada pertengahan tahun 1800, dan ini membolehkan perkembangan dalam penggunaan kertas. Pada ketika itu, masyarakat berpendapat hutan dan tenaga ada sumber yang tidak akan habis, dan menyangka air dan udara akan sentiasa berupaya untuk kekal bersih.
Hari ini, kita menyedari yang banyak sumber adalah terhad dan kita perlu memelihara kitar alam semulajadi supaya is kekal seimbang. Inilah sebab mengitar semula kertas menjadi aspek yang sangat penting dalam visi kita untuk memastikan keseimbangan persekitaran secara global.
Adakah Kertas Kitar Semula Lebih Mahal?
Sebelum ini, kertas kitar semula adalah lebih mahal dari kertas yang asli. Kini, sesetengah gred kertas yang biasanya digunakan sebagai kepala surat dan risalah berharga agak sama dengan kertas asli dan kadangkala lebih rendah. Kertas untuk mesin fotokopi dan mesin cetak biasanya berharga mahal sedikit tetapi hanya pada peratusan yang sangat rendah.
Perbezaan harga ini disebabkan oleh pengeluaran kertas kitar semula menggunakan mesin yang lebih kecil berbanding kertas asli yang menyebabkan perbezaan dalam skala pengeluaran. Tambahan lagi, kertas kitar semula meletakkan kos sepenuhnya ke dalam produk termasuk menjadi alternatif kepada pembuangan sampah.
Bagaimana dengan Kualiti Kertas Kitar Semula.
Pada 1980an, kertas kitar semula tidak mempunyai kualiti yang standing dan kadangkala kelihatan gelap, kelabu atau berbintik. Hari ini, kertas kitar semula boleh didapati dalam pelbagai warna, termasuk putih bersih dan mencapai piawaian tertinggi, kadangkala melebihi kertas asli.
Pada tahun 1988, Persidangan Datuk Bandar di US telah menjalankan kajian bersama pembuat peralatan ternama dan Pejabat Percetakan Kerajaan. Lebih 2 juta kertas telah diuji dari segi kemasukan ke mesin, kualiti hasil cetak, penggunaan dakwat, kehalusan, dan lain-lain aspek. Hasil dari kajian menunjukkan yang kertas kitar semula dengan peratusan kandungan kertas kitar semula sebanyak 30% memberi hasil yang setanding dengan kertas asli. Pembuat pencetak komersil dan mesin fotokopi bersetuju yang kertas kitar semula sesuai digunakan dengan kesemua mesin yang mereka hasilkan. Cuma yang membezakan hanyalah kualiti, tidak kira kertas kitar semula atau kertas asli.
Kitar Semula Kertas Menjadikan Malaysia Lebih Bersih dan Sihat.

Tuesday, August 23, 2011
Kesan Pemanasan Global Menakutkan!
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
Jadi, apa tunggu lagi? Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama.
Monday, August 15, 2011
Mari Hasilkan Baja Kompos!
Ramai orang membeli baja untuk memastikan tanaman subur dan berkualiti. Tapi tahukah anda, sebenarnya baja yang dibuat sendiri, lebih murah, menjimatkan dan mudah dihasilkan.
Baja kompos misalnya adalah satu daripada baja yang tidak memakan kos yang tinggi.Ia dihasilkan melalui pereputan bahan organik dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos.
Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.
Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar dengan lebih sihat dan lebih cantik TANPA bahan kimia! Petani tradisional dan pemilik ladang moden di Malaysia tahu menghargai kebaikan baja kompos untuk mengkayakan tanah dan mengurangkan bahan buangan. Humus juga boleh membantu membaikpulih tanah di kawasan-kawasan seperti bekas kuari.
Hampir apa sahaja bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan yang boleh dijadikan baja kompos termasuklah bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, rumput, sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun kering, topi mengkuang, kulit telur, beg kertas, kertas atau karbod, daun teh, serpihan kayu, tulang-tulang kecil, serbuk kopi, serbuk papan, najis haiwan (lembu, ayam, kuda, arnab), sisa meja makan (nasi, roti) dan sebagainya.
Alam semulajadi memproses baja kompos setiap masa – apabila daun gugur ke tanah, apabila haiwan membuang najis mereka, dan apabila semua makhluk mati. Alam mempunyai komuniti khas yang membantu memecahkan bahan-bahan ini dan menukarnya kepada nutrien yang berguna kepada semua tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai komuniti detritus, dan ia termasuklah bakteria, kulat dan cacing. Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas: bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba. Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu semuanya boleh dijadikan baja kompos.
Rumput yang telah dipotong adalah bahan terbaik untuk dibuat baja kompos dan ia juga mereput dengan cepat. Sisa organik lain seperti kulit telur, kulit manggis dan bahan organik keras yang lain akan mengambil masa yang lebih untuk mereput.
Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja. Kebanyakan komuniti akan “muncul” perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan ini di tanah.
Membina Longgokan Baja Kompos
Campurkan daun reput dan tanah dari hutan atau dari belakang rumah anda. Organisma tanah telahpun berada dalam bahan ini dan akan membina komuniti baru dalam longgokan baja anda.
Kadar kelembapan yang betul juga penting untuk menghasilkan baja yang sihat. Mikroorganisma memerlukan persekitaran yang lembap untuk penghantaran nutrien. Jika timbunan itu terlalu kering, proses penghasilan baja berjalan perlahan. Jika timbunan itu terlalu lembap, tanah akan menjadi berat dan oksigen akan tertekan keluar, menyebabkan longgokan itu mereput dan berbau busuk. Longgokan harus dibiarkan lembap tetapi tidak basah, seperti span yang telah diperah. Cuba gunakan air hujan sebanyak mungkin untuk mengekalkan kelembapan longgokan.
Perlu juga diingat bahawa organisma tanah dan bakteria memerlukan oksigen untuk hidup. Tanpa bekalan oksigen yang berterusan, organisma yang penting ini akan mati dan akan digantikan dengan organisma yang anda tidak perlukan. Jika ini berlaku, longgokan baja anda akan mula berbau busuk. Untuk mengelakkan ini berlaku, longgokan baja mestilah dibalik-balikkan sekali dalam tiga minggu untuk membawa bahan yang di bawah ke atas dan sebaliknya.
Satu longgokan baja kompos mempunyai “suhu optima” di mana proses pereputan berlaku paling cepat. Walau bagaimanapun, hawa di kawasan tropika sudah cukup sesuai untuk penghasilan baja dan kita tidak perlu bimbang tentang perkara ini.
En. Abdullah Bakri menerangkan kaedah penghasilan baja kompos kepada
En. Ng Ngoo Ting, pembantu khas Setiausaha Ahli Parlimen Lumut
Menghasilkan longgokan baja kompos adalah perkara mudah. Sebuah rumah yang mempunyai ruang kebun yang luas memerlukan kawasan seluas kira-kira 1.21 meter hingga 1.524 meter panjang kali 1.22 meter lebar dan kira-kira 0.9144 meter tinggi. Anda boleh gunakan kayu dan dawai untuk membuat tong baja. Longgokkan baja ini sehingga separuh daripada tong, dan apabila anda membalik-balikkan longgokan, balikkannya ke setengah bahagian tong yang satu lagi. Dengan cara ini anda boleh mencampurkan bahan-bahan longgokan dan mengeluarkan baja yang telah siap dengan mudah.
Bagi kebun yang lebih kecil, anda boleh gunakan bekas air atau tong sampah buruk dengan membuat lubang pada tepi dan bawah bekas. Buatkan satu pintu yang terbuka di bawah bekas atau buangkan terus bahagian bawah tong. Dengan cara ini anda boleh mengeluarkan humus semasa menambah bahan buangan baru di bahagian atas, membolehkan proses penghasilan baja berjalan secara berterusan.
Lebih baik jika anda memotong sayuran yang besar dan kertas suratkhabar kepada cebisan-cebisan kecil untuk mempercepatkan pereputan. Elakkan dari menambah banyak buah-buahan sitrus kerana bahan ini boleh membuatkan humus terlalu berasid dan ia mungkin akan merosakkan pokok-pokok.
Juga elakkan dari menambah rumput menjalar dan biji benih yang mungkin tahan reput. Jangan tambah najis kucing atau anjing pada longgokan baja. Najis kucing mengandungi bakteria perosak yang tahan reput. Daging, tulang dan sisa makanan berlemak harus dielakkan. Bahan-bahan ini sering menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus. Tambahan pula, makanan berlemak lambat reput kerana lemak boleh menghalang kemasukan udara yang diperlukan oleh mikrob pereput untuk membuat kerja mereka.
Pokok yang tumbuh berdekatan dengan longgokan baja akan bersaing dengan mikroorganisma untuk mendapatkan nitrogen. Jika ada pokok berdekatan dengan tong baja, pastikan anda menambah banyak bahan-bahan yang kaya dengan nitrogen untuk mengurangkan kehilangan nutrien.
Jika penghasilan baja dilakukan dengan betul, longgokan tersebut sentiasa lembap dan dibalik-balikkan dengan kerap, longgokan itu sepatutnya berbau seperti daun basah atau seperti bau dalam hutan. Ia tidak sepatutnya berbau busuk!
Pokok rozel di SMKBS yang disuburkan menggunakan baja kompos
Anda sepatutnya mula mendapat humus dalam masa tiga bulan atau kurang. Penghasilan baja kompos ialah satu aktiviti yang mudah dan boleh dijadikan sebahagian daripada rutin harian anda.
(Terima kasih kepada En. Abdullah Bakri, guru Sains Pertanian yang membantu penyiaran artikel ini)
Saturday, August 13, 2011
Kemusnahan Alam Sekitar Berpunca Daripada Kerakusan Manusia
Ketulan ais di kutub semakin mencair akibat pemanasan global
Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia. Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan.
Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam sekitar. Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap generasi muda. Pembuangan sampah di merata-rata tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap alam sekitar.
Pokok cengal terbesar di Malaysia, hanya ada sepokok di Terengganu
Selain itu, penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang rakus mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam keseimbangan ekosistem hutan hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti yang berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli Sungai Rui, telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa.
Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh diketepikan. Pembalakan secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah telah ditebang sewenang-wenangnya. Ia juga memusnahkan spesis tumbuhan bernilai tinggi seperti cengal batu, meranti dan menyumbang kepada kepupusan pokok yang dilindungi. Ini diburukkan lagi oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan. Hutan paya bakau berperanan menghalang ombak tsunami seperti yang berlaku pada 26 Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi benteng kepada hentaman ombak besar tersebut.
Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan sektor pelancongan negara terjejas. Hal ini disebabkan keindahan semula jadi negara kitalah yang menjadi aset menarik minat pelancong luar ke negara kita. Ini akan turut menjejaskan ekonomi kerana pelancongan turut menyumbang sejumlah besar KDNK negara. Malah, kemusnahan alam sekitar turut mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana haiwan-haiwan ini kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan memaksa ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam sekitar turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan generasi akan datang.
Kesimpulannya, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita bukan mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Jika alam sekitar dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di dunia.
SITI KHADIJAH BINTI OTHMAN(kelas 5PI)
SMK BATU SEPULUH, LEKIR
32020 SITIAWAN PERAK
Pendapat ini telah disiarkan di akhbar Berita Harian pada 11 Ogos 2011 (halaman 34)
Monday, August 8, 2011
PERANAN BAGI MENYELAMATKAN BUMI
Say No To Plastic Bags |
- Bawa beg sendiri apabila membeli belah . Beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh terbiodegrasi.
- Kongsi maklumat dan panduan yang dipelajari tentang penggunaan lestari dengan keluarga dan rakan-rakan.
- Menunggang basikal atau berjalan kaki apabila pergi ke sesuatu tempat atau kedai yang berdekatan. Ini merupakan amalan 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.
- Tutup televisyen , stereo dan komputer apabila tidak digunakan kerana peralatan ini menggunakan di antara 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada pemanasan global.
- Membawa bekalan ke tempat kerja atau sekolah . Makanan ini lebih menyihatkan dan menjimatkan.
- Kumpulkan kertas yang digunakan di rumah dan bawa ke pusat kitar semula. Mengitar semula produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun.
- Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tumbuh-tumbuhan tertentu di kebun anda, seperti pudina dan selasih yang boleh menghalau serangga
- Gunakan lampu jenis kalimantang . Lampu jenis ini menggunakan 1/4 tenaga elektrik dan empat kali lebih tahan lama berbanding mentol lampu biasa.
- Kurangkan pembuangan sampah. Jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan kertas, cawan plastik atau kertas tisu.
- Menjimatkan penggunaan air turut menjimatkan tenaga elektrik kerana proses membekalkan air dan menyaring sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
Jimatkan tenaga eletrik |
Kitar semula kertas |
Wednesday, August 3, 2011
Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Lumut Meriah
Pada 23 Julai 2011, bertempat di SK Seri Bayu, satu majlis pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Lumut telah diadakan. Ia dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Dato' Seri Kong Cho Ha. Majlis tersebut diadakan di dewan SK Seri Bayu dan dihadiri oleh guru, ibu bapa dan wakil-wakil agensi berkaitan seperti Jabatan Pertania, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Jabatan Hutan.
Dalam ucapannya, Dato' Seri Kong Cho Ha menyatakan kebimbangan akan nasib alam sekitar pada abad akan datang. Beliau juga kagum dengan pameran yang dibuat oleh SMK Batu Sepuluh, Lekir. Antara bahan pameran yang disediakan di kiosk SMKBS adalah penyediaan baja kompos, pameran bahan terbuang dan hasil penanaman pokok rozel yang dijadikan produk makanan.
En. Sarudian, guru Seni Reka Tanda menerangkan
tentang hasil kerja pelajar dari bahan terbuang
Selain itu, hasil kerja pelajar daripada bahan terbuang dan baja kompos turut mendapat perhatian daripada para pengunjung kiosk. Apa yang lebih menarik adalah, kulit-kulit siput dan moluska turut dijadikan hiasan pada karya pelajar.
Para tetamu menikmati minuman daripada rozel yang dihasilkan
oleh guru dan pelajar Pendidikan Khas
Dalam majlis tersebut juga, pengetua telah menerima replika cek sebanyak RM10,000.00 yang dibuat daripada hampas kelapa sawit dan kertas terbuang. Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan program "Flagship" Sekolah Lestari yang akan dinilai oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada bulan Ogos nanti.
Pengetua SMKBS dan Guru Besar SKSB menerima cek mora
yang diperbuat daripada hampas kelapa sawit
Menurut Pengetua, Haji Shaifuddin bin Hj Masduki, hanya dua sekolah yang menerima peruntukan tersebut iaitu SMKBS dan SK Seri Bayu. Beliau berbangga kerana SMKBS dipilih menerima anugerah Sekolah Lestari dan bertekad untuk menjayakan program yang telah disediakan oleh guru dan pelajar. Antara projek yang dilaksanakan adalah Taman Herba, penghasilan baja kompos, baja daripada bahan makanan, rozel dan kebun pisang lestari.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan pelajar yang memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan projek RAS dan Sekolah Lestari 2011.
Majlis yang bemula pada pagi hari tersebut, turut diserikan dengan pertandingan mewarna untuk murid-murid prasekolah dan sekolah rendah serta persembahan sketsa murid Pendidikan Khas SMKBS yang mencuit hati para penonton.
Babak sketsa yang dilakonkan oleh murid Pendidikan Khas
Monday, July 4, 2011
Sekolah Lestari SMK Batu Sepuluh, Lekir
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar juga membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Subscribe to:
Posts (Atom)